|
|
| Friday, 31-Oct-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bulan Raya 2008 :)
|
|
dah lama betul rasanya tak bubuh gambar kat sini...
penghujung Ogos... sibuk untuk siapkan projek MSc.. kemudian buat report pula sampai pertengahan September baru hantar..
sekitar September.. puasa laa plak.. tak update lagi fp ni
Sekitar Oktober.. beraya laa plak kita semua kan.. biasalaa kat Notts ni, kalau raya banyaklaa open house, jadi takdelaa update fp ni..
hehehe.. alasan-alasannn (kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih)
Ok.. kat sini Insyirah cerita sikit apa yang berlaku sekitar Aidilfitri yang lepas..
Tahun ni merupakan tahun kedua kami beraya di sini, jadi Ummi pun buatkan kad raya "cyber" sebagai ucapan kepada rakan-rakan dan sanak saudara.
Tahun ni, Insyirah sangkakan Raya akan jatuh sama hari dengan Malaysia sebab kat Notts ni berpuasa sama hari dengan Malaysia juga hari tu.. Tetapi sejak pagi sebelum "pengumuman" tarikh raya tu, ramai rakan-rakan Malaysia yang dah buat persiapan sebab takut keesokannya raya. Bila Maghrib, SAH.. memang esok tu raya.. nasib baik dah siap sedia...
Cumanya Insyirah dah janji dengan nursery untuk hadir pada hari last Insyirah kat University of Nottingham Day Nursery pada 30 September 2008.. iaitu raya pertama kat Notts ni.
Jadi, Insyirah pun pergi laa juga ke Nursery pada sebelah petang setelah beraya ke rumah jiran terdekat pada sebelah paginya
Ok.. ni gambar raya Insyirah yang lain.. layan..
Ini geng Insyirah di Nottingham. Dulu masa mula-mula sampai (setahun yang lalu ), dua-dua kecil lagi. Jarak umur sebenarnya beza sebulan jer, Insyirah (15 bulan) dan Eriem (16 bulan). Memang sedar Insyirah ni saiz "S" jer. Tapi tak perasan pula Insyirah ni sekecil ni (paras telinga Eriem jer, isk isk)
Inilah wajah-wajah setahun yang lalu
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jul-2008 22:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkhemahan Oxford
|
 |
|
Hari kedua di tapak khemah, Hardwickparks, Oxford
|
|
 |
|
Hari kedua, dalam bas on d way ke oxford city
|
|
 |
|
Jalan kaki ke Museum of Natural History, Oxford University
|
| | View all 18 photos... |
|
Kali ni, 18 Julai hingga 20 Julai 2008, kami berkhemah di Hardwickparks, Oxford...Alamak, gambar hari pertama perkhemahan tiada dalam simpananlah Apa pun, gambar tersebut boleh dilihat dalam fp rakan-rakan khemah yang lain. Silalah ke fotopages auntie izan (http://mrshenri.fotopages.com), auntie cahaya (http://thuraya.fotopages.com) dan auntie eija (http://eija-lee.fotopages.com), laporan yang jelas dan terperinci beserta editting yang sangat cantik oleh mereka. Syabas!!
Apa pun layan jerlah gambar-gambar Insyirah sepanjang perkhemahan tersebut . Yang penting, camping kali ni sangat best! Cuaca elok, makanan sedap, aktiviti best dan cik "Rover" pun tak buat hal kali ni. ...Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jun-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkhemahan Warwick
|
 |
|
Tapak khemah di Dodwell Park, Stradford-upon-Avon
|
|
 |
|
Naik cruise
|
|
 |
|
Shakespeare Birthplace
|
| | View all 31 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Jun-2008 22:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BBQ MUndy
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kisah di penghujung peperiksaan Ummi Insyirah :)
|
 |
|
Baru balik dari QMC, hari kedua kejadian
|
|
 |
|
Lidah Insyirah tercedera sikit
|
|
 |
|
Tapi boleh senyum dahh :)
|
| | View all 16 photos... |
|
29 Mei 2008 merupakan hari terakhir bagi Ummi Insyirah untuk menghadapi exam pada semester kali ini. Alhamdulillah, perjalanan MSc Ummi sudah hampir ke penghujungnya, cuma tinggal projek saja lagi Di sebalik persediaan Ummi menghadapi exam terakhir itu, Insyirah telah mengalami sedikittt kecederaan disebabkan terjatuh bersama ummi di tangga. Segala pujian bagi Allah kerana telah menyembuhkan Insyirah dan kini Insyirah kembali ceria semula...
YEYYY... UMMI DAH HABIS EXAM
boleh gi camping lepas ni
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam sayang buat ibu-ibu tercinta.. SELAMAT HARI IBU
|
|
Ibuuu.. ibuuu.. engkaulah ratu hatikuu....
11 Mei 2008 merupakan tarikh sambutan hari Ibu di Malaysia. Sebenarnya, Insyirah pun tak pasti bila sebetulnya tarikh sambutan hari ibu, tetapi setelah menyemak-nyemak info di wikipedia, rupanya tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Di Malaysia, ianya disambut pada Ahad kedua pada bula Mei iaitu pada 11 Mei bagi tahun 2008 ni, manakala sambutan di UK telah berlangsung pada 2 Mac 2008 yang lalu.
Di sini Insyirah mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam sayang buat Ummi tercinta, semoga Allah sentiasa merahmati Ummi atas susah payah melahirkan dan membesarkan Insyirah, serta semoga berjaya dalam peperiksaan semester kedua nanti. Tidak lupa juga buat Nenek Bechik di kampung dan juga semua ibu-ibu yang sentiasa menyayangi kami semua.
Di kesempatan ini juga, Insyirah ingin mendoakan kesejahteraan Tok Leha yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mei 2004 iaitu 4 tahun yang lepas. Walaupun kita tak sempat bersua di alam dunia ini, mudah-mudahan kita dipertemukan di SANA nanti. Semoga Allah menempatkan Tok Leha di kalangan orang-orang yang solehah dan dikurniakan balasan syurga di SANA.. amiinnn.
Akhir sekali, Insyirah dedikasikan lagu ini buat semua ibu-ibu tercinta. (terima kasih buat Ibu Eriem yang kongsikan di FP, Insyirah pun nak letak juga kat sini, senang sikit nak tengok tiap-tiap hari )
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Setelah 7 bulan tidak kutemuimu . . . L.A.U.T
|
 |
|
Pit stop 1
|
|
 |
|
Banyaknya bungaa... menguning macam padi dah masak laa plak
|
|
 |
|
Ahli-ahli rombongan
|
| | View all 25 photos... |
|
Isnin, 5 Mei 2008 merupakan "Bank Holiday", jadi ramailah yang dah rancang-rancang nak bercuti, berkelah, berkhemah dan ber"carboot". Mulanya ayah dan ummi "confuse" juga sebab sebelum ni pun dah ada bank holiday.. ishh.. bank mana plak yang cuti kali ni ghupenyer BANK HOLIDAY tu kiranya public holiday di UK ni... ooooo.
Insyirah dan keluarga pada mulanya tak rancang untuk kemana-mana (mungkin ke carboot saja) sebab ayah banyak kerja tak siap lagi dan ummi pun dah nak exam tak lama lagi. Namun setelah dapat panggilan dari Auntie Syahnaz , kami ubah fikiran untuk sama-sama join trip ke pantai di Skegness (peserta bidan terjun juga kali ni) pada hari Ahad, 4 Mei 2008. Mulanya perjalanan ni dijangka akan disertai oleh banyak keluarga (terutamanya keluarga dari geng EXPERIAN) tetapi banyak yang batalkan penyertaan last minute sebab cuaca dijangka kurang baik di Skegness. Akhirnya tinggallah 3 keluarga yang akan meneruskan perjalanan ini diketuai oleh Auntie Tim dan disokong oleh keluarga Auntie Syahnaz dan keluarga Insyirah
Kami bertolak dari Nottingham pada pukul 9.30 pagi dan terus ke destinasi awal iaitu Spalding untuk tengok pameran "Spalding Flower Festival" dan lawat taman bunga. Banyak juga bunga-bunga kat taman di Spalding ni, terus buat kami sekeluarga teruja dan set dalam kepala untuk pergi ke Holland kalau berkelapangan di masa hadapan mudah-mudahan dimurahkan rejekii
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu ke pantai di Skegness dan tiba di sana lebih kurang pukul 3 petang. Dah lama Insyirah tak tengok laut. Semenjak datang UK ni, inilah kali pertama tengok laut, dan terus buatkan Insyirah teringatkan kampung halaman di Malaysia.. Setelah 2 jam kami berkelah di pantai skegness, kami semua bertolak pulang ke Nottingham dan tiba di rumah sekita pukul 8 malam. Lepas solat dan makan sikit, lepas tu apa lagi.. tidur teruss sebab dah letih.. zzzzzz
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-May-2008 23:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ayuh Bangsaku !
|
|
Renungan Hari Jumaat
Dah lama juga tercari-cari bacaan sajak Tun Mahathir "Perjuangan Belum Selesai" yang LIVE ni. Sebelum ni cuma tengok video nyanyian Nora saja, tapi kali ni baru terjumpa video sebenar bacaan sajak terbabit. Ianya bukan bertujuan politik, tetapi mari kita renungkan "bait-bait" sajak yang dilafazkan ini untuk kebaikan dan pembakar semangat kita untuk berjaya.
p/s: setiap insan pasti melakukan kesilapan, tetapi perkara yang baik yang dilakukan moleklah kita jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Semoga kita terus mara meneruskan perjuangan ini, untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Semoga harapan kita untuk cemerlang dan terbilang tercapai jua dengan usaha yang berterusan. "Biarkan bertatih, asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terbilang". Teruskan perjuangan, HARAPAN baru untuk Malaysia terletak di bahu kita semua.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-May-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar 1 Mei 2008
|
|
Di Malaysia, 1 Mei merupakan Hari Pekerja yang jatuh pada hari Khamis, manakala bagi Insyirah sekeluarga, hari tersebut adalah hari istimewa buat Ummi dan Ayah di mana pada 3 tahun yang lepas Ummi dan Ayah selamat melangsungkan perkahwinan (ummi dan ayah diijabkabulkan pada 30 April 2005 dan majlis dilangsungkan pada 1 Mei 2005). Setelah 3 tahun menempuh susah dan senang bersama, ulangtahun ketiga ini diserikan lagi dengan kehadiran Insyirah yang sudahpun berusia 10 bulan pada 27 April 2008. Tiada hadiah yang lebih istimewa selain dari kehadiran si kecil ini dalam hidup Ummi dan Ayah. Semoga kita bahagia selamanya dan diberkati hidup ini
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Mar-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan Cadbury World
|
 |
|
Insyirah posing lentok sebelum jalan
|
|
 |
|
sebelum masuk Cadbury World
|
|
 |
|
semua dah mula panaskan kamera masing-masing
|
| | View all 54 photos... |
|
Alkisah, Uncle Cahaya bertanya kepada Ayah pada hari Khamis lalu "Ajiz, ko nak join kami ke Cadbury World tak?". Ayah bertanya semula "Pergi berapa hari? Pergi mana lagi nanti? Kereta kami tak ok lagi laa, still ada problem air radiator yang asyik kurang saja". Uncle Cahaya menjawab "Kita pergi Cadbury World, Wing Yip.. ala kedai Cina terbesar kat Europe dan balik singgah Nando's". Ayah terfikir sendirian "Nak pi Nando's.. waa bagus ni, kami dah lama mengidam nak makan Nando's kat Leicester". Ayah tanya Ummi dan Ummi terus respon kata "OK-OK.. jom-jom" (walaupun plan asal nak buat assignment Sabtu ni, tapi tak mengapa, tugasan ada masa seminggu lagi untuk disiapkan.. hehehe.
Begitulah ceritanya kami turut menyertai rombongan Auntie Cahaya (ala-ala rombongan Cik Kiah ni, tapi naik kereta masing-masing) and the gang ke Cadbury World yang terletak di Birmingham, UK pada hari Sabtu, 1 Mac 2008. Para peserta terdiri dari keluarga-keluarga Auntie Cahaya (leader), Auntie Mai (yang dah nak balik Malaysia keesokannya), Auntie Ija, Auntie Shaz, Auntie Izan (tak pergi Cadbury World, join acara seterusnya) dan kami sekeluarga. Rombongan bertolak dari rumah leader lebih kurang pukul 9.45 pagi dan sampai di Cadbury World lebih kurang pukul 11.15 pagi. Trip ni merupakan trip pertama Insyirah keluar dari Notts (selain dari rombongan industri Ummi ke Derby dan Rochester tempoh hari) dengan menggunakan kereta kami yang tak berapa SIHAT tu. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik
Macam-macam aktiviti yang dibuat. Gembira, suka, duka (ada ker ni, takde kot), tension (sebab Nando's ler ni), lapar, kenyang, mengantuk dan lain-lain lagi laa. Jadi, layanlaa aktiviti Insyirah ni sebab gambar-gambar ni menceritakan semuanya (..because a photo is worth a thousand words). Ada banyak lagi gambar-gambar trip kami sekeluarga tu di fp auntie-auntie Insyirah lain. apapun.... LAYANNNN
|
|
|
|