|
|
| Friday, 29-Feb-2008 13:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Special Entry for 29 February 2008
|
|
Salam semua..
Saja menampalkan gambar sempena 29 Februari 2008, 4 tahun sekali.. hehehe
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sukan Musim Sejuk 2008
|
 |
|
Insyirah bersama rakan-rakan Iswara, Auntie Mai pun ada
|
|
 |
|
Auntie Cahaya baru nak join Insyirah bergambar
|
|
 |
|
Ibu-ibu dan anak-anak
|
| | View all 15 photos... |
|
Nottingham, United Kingdom, 24 Februari 2008 - Nottingham Malaysian Community (NMC) sekali lagi mengadakan aktiviti buat semua warga pelajar sarjana dari Malaysia di mana kali ni sukan rakyat telah dijadikan aktivitinya yang dikenali sebagai Sukan Musim Sejuk 2008. Ini merupakan penganjuran SMS kali kedua yang dilaksanakan oleh pihak NMC. Insyirah sekeluarga turut sama menyertai SMS 2008 ini dengan menyertai pasukan Iswara untuk bertanding dengan pasukan lain seperti Perdana, Satria, Wira dan Waja. Di sini, Insyirah letakkan beberapa aksi Insyirah semasa SMS2008. Ada banyak lagi gambar-gambar lain berkaitan SMS di fotopages rakan-rakan NMC yang boleh dilihat di alam maya ini. MAJULAH SUKAN UNTUK NMC. warga NMC sihat, produktiviti NMC meningkat
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Auntie Ina datang Notts
|
 |
|
Lawat baby Iskandar (jiran Windermere road, 10Feb)
|
|
 |
|
Auntie Ina dan Kami
|
|
 |
|
Auntie Ina di Notts
|
| | View all 12 photos... |
|
Pada 17 Februari 2008 yang lepas, Auntie Ina telah bersanggah di rumah kami selama satu malam untuk menghadiri "interview" dengan bakal supervisor beliau bagi pengajian PhD (bidang pathology kot) nanti di University of Nottingham, InsyaAllah. Auntie Ina merupakan kawan Ummi dari USM di mana ummi mengenali auntie Ina semasa kursus penyelidikan SLAB/SLAI di USM. Semasa itu, Insyirah masih dalam perut Ummi lagi, baru 36 minggu, jadi ini merupakan kali pertama Insyirah berjumpa dengan auntie Ina Sekarang ini auntie Ina sedang melanjutkan pengajian MSc beliau di University of Leicester, UK.
Interview tersebut telah dijadualkan pada 18 Februari 2008, Isnin pukul 1 petang, jadi Ummi pun bawalaa Insyirah dan auntie Ina jalan-jalan di sekitar Nottingham walaupun tak berapa confident sangat. Ayah tak dapat ikut sekali sebab ayah ada meeting dengan uncle Sean petang tu Mulanya ingatkan pejabat pensyarah tu di Queens Medical Centre (QMC) Hospital, tetapi sebenarnya pejabat dia terletak di City Hospital, Nottingham. Nasib baik auntie Ina telefon semula untuk pastikan lokasi sebenar temuduga. Sebelum ini kami sekeluarga ingatkan interview tu kat QMC sebab dia nak sambung belajar di UoN kan (jadi sangkakan di QMC laa), tetapi sebenarnya di City Hospital pun ada lecturer UoN yang buat research kat sana dan siap ada lab lagi kat City Hospital tu.
Alhamdulillah, nampak macam positif sahaja temuduga tersebut dan InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang, auntie Ina akan melanjutkan pengajian PhD beliau bermula bulan Januari 2009 nanti. Petang Isnin itu juga, auntie Ina balik ke Leicester dengan keretapi sebab beliau ada ujian makmal yang perlu dilaksanakan keesokan hari. InsyaAllah, kami akan berkunjung ke Leicester pula nanti boleh makan Nando's (HALALLLL)
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Feb-2008 14:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I've been tagged by Mama Mya
|
 |
|
Nihlah Insyirah Abdullah Aziz
|
|
|
Kali ini ummi insyirah cuba "response" to mama mya...ini kali kedua mama mya tagged ummi insyirah. 1st tagged tu ummi insyirah tak jawab pun coz tak reti nak answer soalan apa ..
NIHLAH INSYIRAH
NIHLAH = Pemberian
INSYIRAH = Kegembiraan / Kelapangan hati
Bagaimana atau Kenapa kami memberi nama Nihlah Insyirah kepada puteri comel kami??
Kisahnya bermula begini...cewaaah Pada mulanya kami hanya bercadang untuk memberi nama Insyirah sahaja after scan baby girl. Ini kerana sebelum mengandung lagi memang suka baca surah Al-Insyirah untuk Allah permudahkan kami untuk memperolehi zuriat. Selepas setahun setengah berkahwin, alhamdulillah doa kami termakbul dan disahkan mengandung dan semasa mengandung pun suka amalkan surah Al-Insyirah agar Allah mempermudahkan proses kelahiran. Petikan dari ayat 6 dari surah Al-Insyirah "Sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan"
Tetapi ummi Insyirah ni suka nama anak panjang-panjang mula-mula nak beri Nur Insyirah..Then, hubby cadang Nihlah (pemberian) dan katanya dalam bahasa arab pun sesuai (Nihlah Insyirah). Ummi rasa macam ok jer nama tu, so kami setuju untuk berikan nama Nihlah Insyirah kepada puteri comel kami
Begitulah ceritanya
Semoga NIHLAH INSYIRAH sentiasa menjadi penghibur dan melapangkan hati kami berdua. Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah
REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).
QUANTITY: 5 people
TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc
here are the names of the next tag victims :
1) Ibu Eriem
2) Mama Faheem
3) Mama Nina
4) Mama Iffah
5) Mama Farihin
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Dec-2007 01:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kini, kami berusia 6 Bulan dan 26 Tahun
|
 |
|
0830, 26Dec07, tunggu tram kat Asda
|
|
 |
|
geng melepak kt Victoria Centre
|
|
 |
|
Baru balik dari City Centre
|
| | View all 6 photos... |
|
Di penghujung Disember, warga United Kingdom akan merayakan perayaan utama mereka di mana kemeriahannya seumpama sambutan AidilFitri di Malaysia, ditambah pula dengan kesibukan shopping semasa Boxing Day (26 December) . Bagi Insyirah sekeluarga, penghujung Disember kali ini juga amat istimewa kerana pada ketika ini, Insyirah dah pun berumur setengah tahun pada 27 Disember 2007 dan keesokannya pula, kami sekeluarga meraikan hari lahir Ummi yang ke-26 (28 Disember 2007). Insyirah dan Ayah sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan Ummi dan yang pastinya, kami berdua sangat sayangkan Ummi Semoga Ummi "success" dalam exam nanti.. amiinn
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Dec-2007 17:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AidilAdha 2007 dan Majlis NMC
|
 |
|
Jalan-jalan ke Hyperama sebelum raya
|
|
 |
|
Juadah dari kami di AidilAdha 2007
|
|
 |
|
Auntie Yatie, Izan & Mai di rumah Insyirah
|
| | View all 13 photos... |
|
Setelah sekian lama menyepi dari "updates" gambar-gambar kami di sini, kali ini Insyirah akan memuatkan gambar sekitar sambutan AidulAdha 2007 kami di Nottingham dan juga majlis AidilAdha & Walimatulurus yang di anjurkan oleh NMC.
Alhamdulillah, AidulAdha telah disambut oleh warga Muslim di UK pada hari Rabu, 19 Disember 2007. Manakala di Malaysia, ianya disambut lewat sehari dari kami di sini. Solat sunat AidilAdha telah dilaksanakan oleh warga NMC pada pagi hari raya di Dewan Forest Field Welfare Centre, Russell Road. Insyirah rasa, sambutan AidilAdha oleh warga NMC tidaklah sehebat sambutan Aidilfitri yang lalu kerana tiada "rumah terbuka khas" yang diadakan bersempena AidilAdha.
Tetapi kali ini, Nottingham Malaysian Community (NMC) buat julung kalinya menganjurkan Majlis Potong Jambul & Perkahwinan Pasangan NMC yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 22 Disember 2007 dengan jayanya. Majlis potong jambul dijalankan buat cahaya mata Uncle Taufik, ajk perumahan NMC, yang banyak membantu warga baru mendapatkan host di Nottingham. Manakala, pengantin perempuan yang juga warga NMC diraikan bersama pasangannya
Penyediaan jamuan dilakukan mengikut "kariah" yang telah ditetapkan oleh ajk NMC. Ummi telah diletakkan dibawah kumpulan Auntie Laili yang ditugaskan untuk memasak KURMA DAGING. Ummi memasak juga haritu (walaupun sekejap je:D ) sambil bersembang-sembang dengan senior2 NMC bertukar cerita dan gosip, ahakss Insyirah dan ayah juga ikut Ummi ke rumah auntie Laili.
Akhir kata, buat kaum keluarga dan rakan taulan di Malaysia, kami di Nottingham ingin mengucapkan Salam AidilAdha 2007, semoga kita semua sentiasa bersedia untuk berkorban demi agama tercinta, juga bangsa dan negara.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-Nov-2007 20:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan ke kilang Boots di Beeston, Nottingham, UK
|
|
Pada 1 November 2007, Khamis, Ummi kena pergi buat lawatan sambil belajar ke kilang Boots di Beeston, lebih kurang 2.7 km dari University of Nottingham. Insyirah pun ikut sama jalan-jalan dengan Ummi sambil ambil gambar kat sini di musim luruh Kami jalan kaki saja ke situ, boleh exercise sikit dan sihatkan badan
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Oct-2007 17:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar Usia 4 Bulan
|
|
27 Oktober 2007, Sabtu, genaplah 4 bulan usia Insyirah. Buat masa ni, tiada perkembangan yang ketara lagi. Insyirah cuba nak meniarap tapi tak berjaya lagi, InsyaAllah tengah berusaha meningkatkan prestasi. Insyirah juga masih tak nak minum susu dari botol, cuma minum susu Ummi sahaja (direct supply) hehehehe. Jadi terpaksala ikut Ummi dah Ayah ke Universiti, hinggakan baru-baru ini Insyirah turut ikut sama lawatan kelas Ummi ke Rolls-Royce di Derby (Insyirah tunggu Ummi dalam bas, Ayah temankan Insyirah). Kawasan kilang tu sangatlah besar, berkali-kali ganda jika dibandingkan dengan keluasan kilang Proton di Shah Alam tu. Tak lama lagi, musim sejuk akan tiba di sini, harapnya Insyirah dah boleh minum susu botol atau boleh ambil makanan tambahan. Harap semua dapat doakan Insyirah berjaya melakukannya
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Oct-2007 15:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Aidilfitri 2007
|
|
|
Pada hari Sabtu, 13 Oktober 2007, kami sekeluarga bersama dengan warga Nottingham Malaysian Community (NMC) yang lain telah sama-sama berkumpul di satu dewan di Noel Street bagi meraikan sambutan Aidilfitri. Insyirah sempat laa juga bergambar dengan beberapa kawan Insyirah dan juga kawan-kawan Ummi dan Ayah. Selepas tu kami bertiga bersama-sama dengan Unlce Azmil sekeluarga bergerak ke rumah terbuka yang berdekatan. Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Ampun dipohon di hari mulia, maaf zahir dan batin.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Oct-2007 14:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sebelum dan selepas sampai di Nottingham
|
 |
|
Bersama Ambok dan Makwe
|
|
 |
|
Bersama Atuk dan Nenek Insyirah
|
|
 |
|
Insyirah tengah cuba baju baru, nenek yang jahitkan
|
| | View all 20 photos... |
|
Alhamdulillah, sekarang kami telah berada di Nottingham khususnya di rumah sewa kami di alamat 106 Bradgate Road, Nottingham, NG7 6HJ bagi melanjutkan pengajian Ummi dan Ayah di University of Nottingham. Insyirah dan keluarga telah berangkat ke UK pada 24 September 2007, Isnin, dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines dari KLIA ke London Heathrow. Ruang ini telah lama kosong disebabkan kamera kami telah tertinggal di dalam bas semasa perjalanan dari London ke Nottingham. Alhamdulillah, pada Selasa lalu, 9 Oktober 2007, beg tangan Ummi telah pun dijumpai dan kami telah mengambilnya di syarikat VEOLIA Transportation. Di sini, Insyirah ingin paparkan serba sedikit gambar kenangan sebelum berlepas ke UK dan sesudah kami sekeluarga tiba di sini. Salam rindu dari kami sekeluarga buat sanak saudara dan sahabat handai semua
|
|
|
|